Tuesday, January 31, 2006

Maal Hijrah


Selamat menyambut Maal Hijrah 1427.
Hari-hari yang berlalu sebagai pengalaman..
Hari-hari yang mendatang dipohon kebarkatan.

Untuk Hubby tercinta..
Terima kasih atas segalanya
Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Kita
Yang Ke-7.

Saturday, January 21, 2006

Snow Yokohama




Yuki(snow) betul-betul lebat hari nie..

Boleh main snow ball lagi

Anak-anak gembira bermain sama.

Friday, January 20, 2006

Maruku umi


Yummy..maruku umi lagi.
Resepi:
500g tepung maruku Baba's
250g tepung ubi
1 sudu besar butter
1 sudu besar serbuk lada
1 sudu kecil garam halus
1 biji telor
Air secukupnya
Daun kari.
Boleh juga ditambah dgn bijan.

Aidiladha di Yokohama

Kemeriahan Aidiladha bersama...

Semua ahli keluarga MISC/Petronas selepas solat Aidiladha di Kedutaan Besar

Kami sekeluarga di pagi Aidiladha.

Tahukah anda..?





Pernahkah anda jumpa bunga-bunga ini?.
Rasa..macam pernah nampak,di mana yea?

Inilah...Bunga Sakura.Mekar indah di negara matahari terbit ketika musim bunga.
Cantik kan..

Thursday, January 19, 2006

Cuti-cuti Jepun






Lagunasia..Gamagori,Nagoya








Hujung tahun 2005 yang baru berlalu..kami sekeluarga pergi ke Nagoya.Berkesempatan pergi ke Lagunasia, Gamagori.
Fuji san...

Pergi Nagoya naik Shinkansen...pertama kali naik Shinkansen.Seronok...

Wednesday, January 18, 2006

umi's menu


Menu umi hari ini..ayam goreng berlada dan kubis goreng.Anak-anak makan sehingga menjilat jari...oishii ne.

Sejuk..winter..sejuk


Sejuk juga hari nie..maklum le winter.
Banyak persediaan yg perlu dibuat supaya hidup dgn lebih selesa dalam winter.
Inilah steam humidifier baru kami....
Semoga tekak ku tak kering lagi.
Kat Yokohama nie..Yuki turun malu-malu lagi.
Tapi kalau yuki tebal sangat ...susah juga.
Pengalaman hidup di perantauan , negara 4 musim.
Bumi sakura banyak mengajar erti kehidupan.
Semoga hari-hari yg mendatang disuburi dengan kebahagiaan dan kebarkatan dpd-Nya.

Tuesday, January 17, 2006

Tak cuba ..mana nak tau,dah cuba ..baru tau


Hari nie, baru cuba buat blog sendiri 'sakura impian'...supaya segala memori di bumi sakura ini tidak lenyap begitu saje.
Masa itu emas.Hari ni..Ilmu sushi dan odeng aku tuntut daripada Yuzu.My first sushi le kiranye..