Sunday, February 26, 2006

Kenangan bersama

Khamis lalu 23 Februari 2006...aku jemput kawan-kawan Yokohama ke rumahku di Park City Honmoku sebagai tanda persahabatan yang telah terjalin..semoga akan terus berkekalan walaupun selepas ini aku akan berhijrah semula ke bumi Kyushu.."Nagasaki" dan bye-bye Honshu.

Majlis bermula seawal 10.30 pagi.Aku hanya sempat masak nasi impit,kuah lodeh,telur rebus,sambal udang untuk lontong dan nasi putih pula berlaukan ayam kari.Tomodachi yg hadir ..datang dengan buah tangan masing-masing,memenuhkan lagi meja makanku dan memeriahkan lagi suasana berkumpul.

Kak Zai dengan samosa dan marukunye.Tak rugi cikgu menyampaikan ilmu maruku.Anak murid bawak maruku utk sifu.Aku rasa maruku ..wahhh kira lulus dengan cemerlang.Kak Ida bawa cream puff kegemaran anak-anak.Wah..bawak sampai 15 ketul..puas makan.Kak June pula bawa salad buah.Cik abang saya suka salad buah tu..nampak nye kena menuntut le dengan Kak June macamana nak buat.Kak Ina buat agar-agar honey dew..

walaupun tak sihat dok muntah2 tapi sempat juga buat agar2.Nurul pula bawa dodol dan kek buah.Walaupun tengah berbadan dua sempat jugak kacau dodol.Dodol Malaysia gitu....dan tetamu yg akhir sekali datang ialah Kak Sue..bawa ulam dan sambal belacan..fulamak..lama tak pekena sambal belacan memang best.Anak2 pula suka biskut yg Kak sue bawak tu...coconut sable.

Untuk semua kawan-kawan dan anak-anak yang hadir...terima kasih..arigatou .
Akhir kalam..Jemputlah datang ke Nagasaki.



Thursday, February 02, 2006

Happy Birthday Kakak..





Happy Birthday To You...
Dah besar anak daraku.. dah 6 tahun
Semoga jadi anak yang solehah ,
cerdik..Syahmina tu kan maknanye yang cerdik pandai.

Thank you to Captain Lim..
bagi potong kek utk birthday girl masa ship party.