Monday, March 26, 2007

Adik's Birthday


Happy Birthday to Adik.















Adik's birthday cake by umi















Adik with her birthday gift..The Tornader

Huis Ten Bosch 2007










umi & abah di Teddy Bear Kingdom.









Bawa baby pula ke Huis Ten Bosch. Kami di atas Kanko Maru...










Adik & kakak berlari dengan tulip. Bergambar bersama replika tulip

Monday, March 05, 2007

sayonara NAMINOHIRA











MAJLIS PENUTUP SEKOLAH NAMINOHIRA.








Labels:

Tuesday, February 13, 2007

UP8


ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-8.

Dear Hubby...

Thank you very much for the lovely 7475 as a wedding anniversary gift.

WARNA-WARNI kehidupan....

Tuesday, January 30, 2007

28 Januari 2007



















Syahmina dah 7 tahun......
Happy birthday untuk anak umi.

Thank you Aunty Zakiah for the lovely Barbie Birthday Cake

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir daripada kami sekeluarga.



Monday, March 06, 2006

Surabaya


Semalam berkesempatan pergi World Potter.Keluar rumah lewat sikit..lepas Asar baru keluar selepas siap berkemas.Hajat di hati nak makan kat luar..nak ubah selera.Bincang-bincang dengan cik abang...marilah kita cuba makan dekat
"Restoran Surabaya".Jom cari...jalan-jalan cari makan.Rupa-rupanya ada di
tingkat 5, World Potter.Ada kawan yg mengingatkan.."Kalau makan dekat situ..order le yg seafood jea..ayam,daging tak berani"
Sampai di Restoran Surabaya tu kami disambut oleh pekerja disitu dan kami minta bahagian yg non smoking.
Tengok menu..wahhh ada tempe kegemaran ku.Kami order nasi putih,kangkung goreng belacan,tempe goreng,udang goreng dan goreng pisang.Makan puas...setiap satu tu banyak diberikan.Air Guava memang sedap siap letak bunga Orkid sebagai hiasan.






Selepas perut kenyang.....baru le ada hati nak berbual dengan salah seorang pekerja kat situ.Nampak macam orang Malaysia..rupanye betul org Kuala Selangor..student engineering Yokohama U..Erman namanye.Jadi bertanya-tanya le itu ini ..jadi penyibuk.Siapa taukeh RS nie?..Katanye org Jepun.Macamana ayam dan daging kat sini?.Katanye semua sembelih tapi diimport dari Indonesia.
Harga di sini berpatutan..yg penting kepuasan.

Sunday, February 26, 2006

Kenangan bersama

Khamis lalu 23 Februari 2006...aku jemput kawan-kawan Yokohama ke rumahku di Park City Honmoku sebagai tanda persahabatan yang telah terjalin..semoga akan terus berkekalan walaupun selepas ini aku akan berhijrah semula ke bumi Kyushu.."Nagasaki" dan bye-bye Honshu.

Majlis bermula seawal 10.30 pagi.Aku hanya sempat masak nasi impit,kuah lodeh,telur rebus,sambal udang untuk lontong dan nasi putih pula berlaukan ayam kari.Tomodachi yg hadir ..datang dengan buah tangan masing-masing,memenuhkan lagi meja makanku dan memeriahkan lagi suasana berkumpul.

Kak Zai dengan samosa dan marukunye.Tak rugi cikgu menyampaikan ilmu maruku.Anak murid bawak maruku utk sifu.Aku rasa maruku ..wahhh kira lulus dengan cemerlang.Kak Ida bawa cream puff kegemaran anak-anak.Wah..bawak sampai 15 ketul..puas makan.Kak June pula bawa salad buah.Cik abang saya suka salad buah tu..nampak nye kena menuntut le dengan Kak June macamana nak buat.Kak Ina buat agar-agar honey dew..

walaupun tak sihat dok muntah2 tapi sempat juga buat agar2.Nurul pula bawa dodol dan kek buah.Walaupun tengah berbadan dua sempat jugak kacau dodol.Dodol Malaysia gitu....dan tetamu yg akhir sekali datang ialah Kak Sue..bawa ulam dan sambal belacan..fulamak..lama tak pekena sambal belacan memang best.Anak2 pula suka biskut yg Kak sue bawak tu...coconut sable.

Untuk semua kawan-kawan dan anak-anak yang hadir...terima kasih..arigatou .
Akhir kalam..Jemputlah datang ke Nagasaki.